NewsWaris lelaki maut semasa prosiding tribunal tuntut pampasan RM1.18 juta

May 7, 2025

NewsWaris lelaki maut semasa prosiding tribunal tuntut pampasan RM1.18 juta

May 7, 2025
Keluarga mangsa dakwa diberi layanan buruk dan wujud kecuaian yang menyebabkan kematiannya.

KUALA LUMPUR:

Waris seorang warga emas yang meninggal dunia ketika disoal siasat tribunal Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menuntut pampasan lebih RM1.18 juta.

Mereka mendakwa wujud kecuaian dan layanan buruk semasa prosiding membabitkan mangsa Lay Chan Wat, 78, yang dipanggil pada 20 Feb lalu untuk disoal siasat berhubung satu kes anti-gangguan seksual.

Menurut anaknya, Lay Chee Hwee, pegawai kementerian tidak membenarkan adik-beradiknya masuk ke bilik soal siasat walaupun mereka menunjukkan surat rasmi membenarkan kehadiran atas faktor kebimbangan terhadap kesihatan bapa mereka.

Chee Hwee, yang menemani bapanya ke prosiding tersebut tetapi menunggu di luar, berkata beliau mendengar suara yang kuat dari dalam bilik, menunjukkan tekanan terhadap bapanya.

Sekitar jam 3.15 petang, seorang kakitangan kementerian memaklumkan bahawa bapanya telah mengalami sawan.

“Apabila saya masuk ke dalam bilik, ayah saya tidak sedarkan diri dan sukar bernafas.

“Saya menjerit meminta tolong dan meminta bantuan CPR, tetapi tiada siapa yang bertindak. Pada masa yang sama, adik saya cuba menghubungi ambulans,” katanya pada sidang media.

Chan Wat kemudiannya dibawa ke unit kecemasan Hospital Putrajaya sebelum pegawai perubatan mengesahkan kematiannya.

Keluarga tersebut, yang diwakili oleh peguam Ng Kian Nam, menuntut pampasan sebanyak RM1,181,975, dengan mendakwa kecuaian serius dan pelanggaran tanggungjawab penjagaan oleh pihak kementerian.

“Keluarga juga menuntut permohonan maaf bertulis yang ditujukan kepada mereka atas apa yang mereka anggap sebagai ‘tindakan dan/atau perlakuan cuai dengan niat jahat’,” kata Ng.

Beliau berkata keluarga mangsa juga mempunyai salinan transkrip rakaman prosiding mahkamah sebagai bukti menyokong tuntutan.

Ng berkata surat tuntutan akan dihantar kepada pihak berkuasa berkaitan hari ini atas arahan tiga anak Chan Wat.

Beliau berkata jika kementerian gagal memenuhi tuntutan dalam tempoh 14 hari, mereka akan memulakan tindakan undang-undang tanpa sebarang rujukan lanjut.

“Segala kos dan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya pihak melakukan kesalahan,” katanya.

https://www.nknp.com.my/wp-content/uploads/2023/03/nknp_logo.jpg
https://www.nknp.com.my/wp-content/uploads/2023/03/icon_malaysianbar.png

© Copyright 2024 Ng Kian Nam & Partners, Advocates & Solicitors.
All rights reserved.

Kuala Lumpur

C-6-8, Block C, Plaza Mon't Kiara, No. 2, Jalan Kiara, Mon't Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
+603-2704 7686
+6011-1093 3109
+603-2704 7687
nknp.adm@gmail.com

Follow us:

Negeri Sembilan

195-1, Jalan Haruan 5/6, Pusat Komersil Oakland 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
+606-6310 229
+6012-3310 140
+606-6312 170
nknandpartners.adm@gmail.com

Follow us:

Penang

No. 54, Tingkat 1, Jalan Mahsuri Mukim 12, Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
+604-638 3109
+6011-5503 3109
nknp.penang@gmail.com

Follow us:

Johor

H-03-16, Block H, Komersial Southkey Mozek, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey Mozek, 80150 Johor Bahru, Johor.
+607-338 3379
+6011-5583 3109
nknp.johor@gmail.com

Follow us:

Associate:
Kedah | Perak | Selangor | Melaka | Pahang | Kelantan | Terengganu | Sabah | Sarawak | Singapore | China

Need Help? Chat with us