新闻Waris dua pelancong China maut dihempap pokok tumbang tuntut ganti rugi RM1.7 juta

1月 10, 2025

新闻Waris dua pelancong China maut dihempap pokok tumbang tuntut ganti rugi RM1.7 juta

1月 10, 2025
GAMBAR fail, lokasi pelancong warga China maut dihempap pokok di Perarakan Mansion, Lebuh Gereja. FOTO NSTP
GAMBAR fail, lokasi pelancong warga China maut dihempap pokok di Perarakan Mansion, Lebuh Gereja. FOTO NSTP

 

Georgetown: Waris dua pelancong China yang maut dalam insiden pokok tumbang di sini September lalu, menuntut ganti rugi kira-kira RM1.7 juta dan permohonan maaf lima pihak berhubung tragedi menimpa keluarga mereka.

Peguam, Ng Kian Nam berkata, beliau mewakili anak guamnya, Yang Xue Li, 69, yang juga balu kepada Liu Zhu, 69, dan Wang Geng Feng, 41, iaitu suami Liu Xin Xin, 36, akan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada pihak berkenaan hari ini.

Menurutnya, LOD itu ditujukan kepada pengendali muzium, Pinang Peranakan Mansion Sdn Bhd, pemilik tanah muzium, SSM Capital Sdn Bhd, pemilik tanah tempat pokok terbabit tumbuh, Sri Kumaran’s Textile Sdn Bhd, agensi pelancongan Pony Holiday Sdn Bhd dan pemandu yang membawa mangsa ke muzium berkenaan.

“Mangsa iaitu bapa, adalah seorang pesara yang menerima wang pencen bulanan sebanyak RM2,000 manakala anak perempuannya penyelia latihan sebuah syarikat multinasional dengan pendapatan sekitar RM7,000 sebulan.

“Liu Xin Xin turut meninggalkan anak berusia 11 tahun dan sehingga kini, keluarga mangsa yang berdepan kepedihan emosi mendalam turut tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada pihak terbabit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit disediakan agensi pelancongan turut didapati tidak mempunyai lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah dengan mangsa yang menempah pakej lapan hari tujuh malam ke Pulau Pinang masuk lebih dahulu dalam kenderaan ketika kejadian.

Katanya, pihak pertama dan kedua gagal mengambil langkah berjaga-jaga yang mencukupi untuk memastikan keselamatan kawasan parkir yang ditetapkan meskipun secara konsisten menarik pelancong dan menjual tiket kepada mereka termasuk kepada mangsa.

“Mereka gagal mengingatkan pihak ketiga iaitu tuan punya hartanah jiran untuk menyelenggara pokok berkenaan walaupun mengetahui pokok berkenaan membesar ke arah muzium.

“Pihak muzium juga tidak mengambil langkah munasabah untuk memastikan keselamatan mangsa dengan membenarkan mereka terus melawat muzium berkenaan dalam keadaan cuaca buruk pada masa kejadian,” katanya.

Ng berkata, pihaknya turut menghantar surat memohon klarifikasi kepada Datuk Bandar Pulau Pinang untuk mendapatkan penjelasan mengapa notis berhubung risiko pokok tumbang hanya dikeluarkan kepada pemilik tanah selepas kejadian dan bukan sebelumnya.

“Kami mahu penjelasan sama ada pengendali muzium pernah membuat aduan rasmi mengenai risiko pokok itu,” katanya yang turut menjelaskan, jika Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) gagal memberi respons atau penjelasan yang memuaskan, pihak berkuasa tempatan itu juga akan disertakan dalam tuntutan saman berikutnya.

Harian Metro pada 18 September lalu, melaporkan dalam dua pelancong warga China maut tersepit dalam kereta yang diparkir di pekarangan Rumah Agam Pinang Peranakan selepas kenderaan itu dihempap pokok tumbang dan runtuhan konkrit.

https://www.nknp.com.my/wp-content/uploads/2024/04/nknp_logo_cn.png
https://www.nknp.com.my/wp-content/uploads/2023/03/icon_malaysianbar.png

© Copyright 2024 Ng Kian Nam & Partners, Advocates & Solicitors.
All rights reserved.

吉隆坡

C-6-8, Block C, Plaza Mon't Kiara, No. 2, Jalan Kiara, Mon't Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
+603-2704 7686
+6011-1093 3109
+603-2704 7687
nknp.adm@gmail.com

关注我们:

森美兰

195-1, Jalan Haruan 5/6, Pusat Komersil Oakland 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
+606-6310 229
+6012-3310 140
+606-6312 170
nknandpartners.adm@gmail.com

关注我们:

槟城

No. 54, Tingkat 1, Jalan Mahsuri Mukim 12, Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
+604-638 3109
+6011-5503 3109
nknp.penang@gmail.com

关注我们:

柔佛

H-03-16, Block H, Komersial Southkey Mozek, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey Mozek, 80150 Johor Bahru, Johor.
+607-338 3379
+6011-5583 3109
nknp.johor@gmail.com

关注我们:

Need Help? Chat with us